Aku kehilanganmu
tanpa restu hatiku
sekali pun deringan handphone
menghantui rasaku
tatkala engkau bertanya khabar berita.
Aku tidak menjawab
panggilan itu bukan takut
atau tidak mahu lagi berhubungan
namun itulah keputusan hatiku.
Engkau belajarlah dengan tekun
bukan aku yang kau ingat
tatkala ini pelajaranmu lebih utama
dari mengingati diriku yang sekadar insan biasa.
Aku pun sudah kehilanganmu
sekali pun keputusanku itu
atas kesedaran demi kebaikanmu
dan kebaikan bersama.
Terima kasih,temanku....
Salam mesra abadi,ikhlas sepenuh hati..... + ubaydullah +
0 comments:
Post a Comment