CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 11, 2009

ASAL MAKHLUK BERNAME "DAJJAL"...

Pembawa fitnah besar di akhir zaman,al-masih DAJJAL!!!!!

akan muncul bila2 masa dari sekarang.....!!! ayuh,persiapkan diri kita menghadapinya...Allahu Akbar!!!!


Dajjal...maybe ta ramai yg tawu tentang kisah mkhluk Allah ni...jadi,ilmu ini saye akan kongsi ngan kawan2 yg maybe tataw lansung...atau ta mo amik taw atau serba serbi tataw...diz is serius case! so...beware...

kisah nye bermula di sini...

ok...kite skunk berada di suatu negeri bernama Samirah,sebuah negeri kecil di Palestin yg nanti akan jadi sebuah negara besar pada zaman nabi Daud dan sesudahnye,yg mana negara ini juga menjadi ibu kota kerajaan Bani Israel warisan Nabi Sulaiman..

Ada seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza atau dikenali dengan YAHUDI,yang mana sudah 31 tahun berkahwin namun masih tidak mempunyai seorang anak pun....tetapi setelah berlalu 31 tahun,lahirlah seorang anak yang paling membahayakan kedua ibubapanye,sebagaimana yg digambarkan junjungan besar kita,Nabi Muhammad s.a.w :

"Kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga"

Keluarga dajjal,ayah,ibu dan datuk,semuanya adalah penyembah berhala. Dahulu mereka menyembah berhala mirip lembu betina. Sebenarnya patung lembu betina itu bukan sekadar berhala,tetapi adalah syaitan durjana yg menyerupai dirinya dengan patung lembu betina..Mereka biasa menyembelih haiwan untuk dikorbankan kepada berhala yg sebenarnya dipersembahkan kepada syaitan beserta minuman arak yg mereka berikan kepadanya setiap hari.

Setiap pagi mereka hanya menemukan sisa-sisa dari apa yg mereka korbankan di tempat itu. Mereka menyangka hal itu sebagai tanda tuhan mereka meredhai apa yg mereka lakukan. Permintaan kedua2 ibubapa dajjal ialah agar mereka dikurniakan seorang anak lelaki...

Akhirnya Allah menghendaki terjadi kelahiran kepada kedua2 orang tua dajjal..ibu dan bapa dajjal sebenarnya lahir hasil perzinaan sesama mahram. Sementara itu,pekerjaan syaitan adalah ikut masuk kedalam saluran kencing bapa dajjal ketika dia menggauli isterinya.Maka bertemulah campuran sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur shahwat yg penuh kdengkian dari jin,sesuai dengan yg ditakdirkan oleh Yang Maha Kuasa.

Pada malam yg sangat menakutkan,diiringi hembusan angin,badai salji dan hujan lebat,pasangan suami isteri itu mendengar suara dari patung lembu betina itu yg memberitahu bahawa ia telah meredhai keduanya dan akan dikurniakan seorang anak.Tetapi,jika keduanya tidak memperbanyak ketaatan dan persembahan,serta tidak banyak menumpahkan darah korban,maka ia akan mengganti anak lelaki dengan anak perempuan.

Dengan penuh khidmat keduanya bersujud dan bersimpuh di hadapannya dan menegaskan bahawa mereka menginginkan anak lelaki. Lalu patung syaitan itu menyuruh mereka untuk menyembelih seekor lembu betina gemuk dan besar,kemudian diletakkan di hadapannya,sementara mereka berdua dilarang untuk masuk ke tempat itu sepanjang malam.

Sesungguhnya syaitan telah mempermainkan mereka berdua untuk melakukan apa sahaja menurut kehendak dan kemahuannya. Dari satu segi,syaitan melihat apa tidak dapat mereka lihat sebagai manusia biasa.Sebab,jin boleh melihat apa yg ada didalam jasad manusia seakan2 kedua matanya bagaikan sinar x-ray,sehingga boleh melihat kandungan perempuan sejak awal.Kerana syaitan tidak mengetahui apa yg akan terjadi,apakah anak itu perempuan atau lelaki.

Maka,tidak lama kemudian.anak yg lahir adalah lelaki....dan anak tersebut adalah al-masih Dajjal!!!!



to be continue....

0 comments: