CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 9, 2009

CiNTA PERTAMA~


Mekar di kamar hati cinta pertama,
Engkau ciptaan seni idaman kasih,
Antara bibir tersiratnya pekerti,
Kelembutan yang mendamaikan jiwa,
Bermula kau di sini penentu bicara,
Kalam kebenaran tiada berdusta,
Dirimu berharga dari segala-galannya,
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan,
Hadirlah cinta, cinta pertama..
Hadirlah cinta, cinta utama..
Sayangi diri ini cinta, cinta pertama..
Hati ini cinta, cinta pertama..
Tiada sia-sia menyintai diri,
Sempurna sejahtera..

Mencintai dan dicintai fitrah manusia,berlindunglah kepada Allah dari menempuh cinta palsu yang melalaikan kewajipan kita kepadanya. Cinta adalah kurniaNya, bila dijaga,ia akan sempurna.Banyak definisi cinta yang tidak akan pernah sampai ke penghujungnya,dimana muaranya dan dari mana datangnya.Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati.Biasanya cinta pertama muncul ketika seseorang melihat keindahan dengan matanya sehingga hati mula berbicara.Bahagialah orang yang telah menemukan indahnya bercinta,kerana cinta itu memberikan keindahan kepada orang yang merasakannya.Tetapi....tidak semua cinta menjadikan seseorang itu bahagia selamanya.Cinta itu seluas samudera yang takkan pernah bertepi,tetapi apa yang perlu diperhatikan ialah, mencintailah dengan hati,agar kelak pasti akan abadi dan tidak mungkin dipisahkan oleh apapun.Kerana cintalah, haiwan mendekati tumbuhan, kerana cintalah tumbuhan mengeluarkan buahnya yang akan dinikmati oleh manusia,dan kerana cintalah seorang ibu tidak akan membiarkan anaknya menangis kesedihan, kerana cintalah aku masih bertahan di tanah kelahiranku sehingga kini dan kerana cintalah rasa sedih bisa menjadi sebuah kebahagiaan yang tak ternilai harganya...

Jadi,hargailah sebuah CINTA kurniaan Yang Maha Esa~

cinta yang tulus lahir dari hati yang ikhlas...

"...cinta pertama bukan cinta terakhir..."

~ubaydullah~

0 comments: