CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 11, 2009

CiNTA,KASiH & SAYANG~

Cinta. Kasih. Sayang. Tiga perkataan berbeda maknanya. Namun,aku telah menempuh kesemuanya. Aku telah merasai nikmatnya. Aku telah merasai akibatnya. Aku juga telah kecewa kernanya. Aku telah buta kernanya. Aku gembira dan terhibur kernanya. Aku kehilangan segalanya kernanya. Namun,tidak semua 'kernanya' aku menderita. Aku pernah dilamun cinta. Cinta monyet sahaja. Namun,tika aku mula mengenali erti cinta sebenar. Cinta itu bukan lagi cinta monyet. Sebelumnya,aku mengenali sayang. Perasaan ini ada pada setiap insan yang hidup diatas muka bumi ini. Sayang sebagai kawan,sahabat,dan teman perkara biasa. Sayang seorang kekasih juga perkara biasa. Sayang kepada ayah,ibu serta adik-adik yang utama. Bila sayang mula menguasai jasad,timbul kasih. Kasih dan sayang mula bertemu,merungkai segala persoalan. Kasih sayang mula ada pada sesiapa sahaja. Baik pada manusia kepada penciptaNya,mahupun pada manusia kepada manusia yang lain. Hati mula bergelojak rasa ingin mendekati. Mengenali. Memahami. Mendalami. Seluruh jiwa bergetar kernanya. Akibatnya,hati mula berbunga. Kasih sayang mula berubah menjadi CINTA. Cinta yg dirasakan tersangatlah indah. Tersangatlah tenang. Tersangatlah hebat. Tanpa menyedari akibat buruknya. Perasaan ini mula dipupuk perlahan-lahan. Kononnya seluruh jiwa dan raga adalah untuknya. Untuk sang kekasih yang mendamba kasih suci. Tulus. Murni. Mulus. Tika itu,nafsu mula membungkam rasa. Perasaan ingin mendekati. Memahami. Mula bertukar menjadi perasaan ingin memiliki. Muncullah hasad. Muncullah dengki. Muncullah cemburu. Cemburu buta. Yang bisa merosakkan hubungan yang terjalin erat. Menderita rasanya hati. Rimas. Bosan. Namun,sang kekasih ini tidak mengerti. Perilakunya mula dikeji. Perpisahan dipinta. Sayu jauh disudut hati. Bukan ini yang dipinta. Bukan ini yang dikehendaki. Bukan ini yang sepatutnya terjadi. Namun,perpisahan ini tidak melenyapkan segala kenangan. Ia perpisahan yang penuh hikmah. Penuh makna. Penuh dengan memori indah. Hanya Tuhan yang tahu. Betapa hati ini bersyukur. Punya teman yang cukup tabah. Sabar. Pasrah diatas takdir. Pasrah diatas ketentuan Yang Maha Esa. Kasih,cinta & sayang. Hanyalah untukNya. Untuk Maha Pencipta. Untuk Yang Maha Berkuasa. Untuk Allah. Moga sulitan ini menjadi iktibar buat teman-teman. Tidak salah untuk berkasih. Tidak salah untuk bercinta. Tapi,lampiaskan dulu pada yang selayaknya. Semoga ditemukan dengan insan yang terbaik. Yang dipilihNya untuk kita. Yang selayaknya menjadi suri teman hidup selamanya. Ya Allah Ya Tuhanku. Ampunilah dosa hambamu ini. Hambamu ini telah banyak berbuat dosa kepadamu. Ya Allah Ya Rabbal Alamin. Jika benar dia adalah untukku,satukanlah hati-hati kami sepertimana kau satukan hati ADAM dan HAWA. Tika mereka berpisah. Berjauhan. Namun,dipertemukan semula olehMu. Ya Allah,berikanku insan yang bisa mendampingi aku sepanjang hidupku. Dan ketika matiku,dia terus disampingku. Mendoakanku. Agar sentiasa dicucuri rahmatmu. Amin Ya Rabbal Alamin......Moga teman mengerti apa yang kumaksudkan disini. Jazakallah kerna sudi menjadi temanku hingga kini. Walaupun kini kita tidak lagi berhubungan. Salam ~


Nukilan,
ubaydullah